IKLAN

Tuesday, June 7, 2011

~Cinta Kunang~ bhgian 1

Uolzzz..kunang in da house....APA???kunang bercinta???helloooo...kunang pun manusia biase jgk ok..ade hati dan perasaan..ko adoo????????

Dengan ini,kunang akan mule menulis satu cerite utk diNOVELKAN dan utk uolz bace..klau ade pengarah,penerbit yg ingin menDRAMAkan atau memFILEMkan,kunang sgt berbesar hati...*mati ko,ko hengat Rosyam Nor,Bade Azmi,Sheila Rusly bace blog ko!!!dengan ini,terimelah bingkisan dri kunang(waahhh,blum mule lagi,ayat dah mcm A SAMAD SAID) - ini adelah kisah benar..

~Cinta Kunang~

Air mata ini seolah tidak mahu berhenti.Kunang tidak dapat menahan sebak dan sayup hati kunang yang sebenarnya begitu sedih walaupun kunang akur denngan hakikat dan karma seorang manusia.Memang ini hakikatnya,memang ini realitinya,memang ini percaturannya,memang ini kepastiannya.Kunang tidak dapat menyangkal atau membantah hukum ini.Sedalam mana pun cinta kami,seutuh mana pun sayang kami,sekuat mana pun rindu kami tapi kami tetap akan tewas.

Mana mungkin kunang dan dia akan bersatu.Mana mungkin kunang dan dia akan mempunyai zuriat.Mana mungkin percintaan kami ke jinjang pelamin walaupun kami saling mencintai kerana mustahil bagi kami untuk meneruskan hubungan songsang ini.Walaupun kunang persis seorang wanita,tapi itu hanya pada nama,perbuatan dan fizikal,Tapi hakiaktnye,aku masih lelaki.

Teringat pula,pertama kali tatkala kau cube mengenali aku.Macam - macam cara yang kau lakukan untuk menambat hati aku agar aku berbual dengan kau.Paling tidak,kau berharap agar aku dapat melemparkan sedikit senyuman masa itu.

Manis ketika itu.Kau nampak begitu comel.Aku suke,tapi bukan semudah itu untuk aku mengakui yang aku pun memang tertarik dengan kau.Siapa lah yang tak tertarik dengan kau.Punya rupa yang macho,badan yang tegap,manis ketika berbual,wangi sekilas berjalan,suka bergaya.Memang semua perempuan akan memandang 2 kali pada kau.Tapi,kenapa aku yg kau pilih??kau sengaja memainkan aku ke??

Soalan itulah yang setiap kali bermain disetiap genap ruang pemikiran aku ini.Hari demi hari,aku semakin terpikat dengan kau.Bila,taktik kau yang pertama semakin menjadi. Bila setiap pagi kita bertemu,kau akan selalu mengucapkan SELAMAT PAGI di depan ku,dan berlalu sambil tersenyum manja..Aku mula menegur kau 'kenapa kau selalu masuk opis pagi2 semata-mata nak wish gud morning kt aku??
'kau suke tak?'die menanya aku semula,
'sukalah'..aku tersenyum..
'kalau suka,nanti tiap - tiap pagi aku buat untuk kau eh..bye'..die berlalu sambil mencubit manja pipi aku..

Bermula dari situ,setiap pagi Radi(bukan nama sebenar) akan terus melakukan benda yg sama untuk terus memikat hati aku.Aku selalu tersenyum seorang bila melihat gelagat dia yg semakin rancak mengatur strategik.
Sehinggalah,aku rasa....

tungguuuuuuuuuuuuuu bhgian kedua....hehehe..

bye...........:>

No comments:

Post a Comment