Segera aku mencapai telefon bimbitku tatkala aku teringatkan dia.Kenapalah sukar betul aku hendak melelapkan mata ku ini.Makin dilewati malam,makin besar pula rasanya mata ku ini.Puas aku buang perasaan ini jauh-jauh,tapi entah kenapa die kembali menjeguk aku seperti dahulu.
Indah betul ketika itu.Siang dan malam ku bagaikan di awangan.Akulah Puteri jelita yang sentiasa dipeluk oleh putera tampan yang saban hari mendampingi ku.
Lamunan ku terhenti.Fuuuuhhhhh..jauh benar anganku.Tidak mungkin masa lalu dapat aku kembalikan.Aku kembali menatap telefon bimbit ku dan mula mencari ruangan 'video clips' untuk melihat kembali video rakaman kami berdua ketika kami sama-sama menghabiskan masa bersama dengan karoke.
Aku mula merebahkan diri diatas katil,dengan mengikat rambutku dan mengenakan pakaian tidur ku yang comel,aku baring mengiring sambil menonton rakaman video itu.
Aku Dan Dia.Kami mempunyai minat yang sama.KAROKE.Memang tidak dapat dipisahkan.Hari-hari cuti kami,hanya dengan karoke.Segala-galanya bermula dengan karoke.Pertama kali aku mencium pipimu dan pertama kali juga kamu meminta ciuman dariku.
Adakah kau masih ingat seperti mana aku ingat semua ini?Susah untuk aku lupakan semua ini.Kau mengajar aku erti kasih sayang,erti persahabatan,erti mengambil berat,erti mempercayai dan erti kasih dan sayang.
Aku hilang seketika bila kau mula menyatakan bahawa aku adalah nadi dalam hidup kau.Sedangkan aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang ingin kau katakan pada aku.Adakah kau benar-benar serius?atau kau cuba mempermainkan perasaan aku?
Kekadang aku sendiri cuba memotivasikan diri aku,supaya berundur dan mengalah dengan semua ini.Jiwa,raga,perasaan malahan tulang belulang aku sendiri pun sudah tidak sangup menanggung segala kerinduan,kepedihan dan keperitan ini.
'Sudah lah kunang(bukan nama sebenar),sesungguhnya Razif(bukan nama sebenar) dicipta memang bukan untuk bersama dengan kau'.aku cuba memujuk hatiku sendiri.
Biarlah dia dengan kehidupan dia sekarang,dan kau teruskan hidup seperti biasa.Aku lantas bangun dari tempat beradu ku dan terus mencapai botol losyen untuk aku urut disetiap tangan dan kakiku.Jam sudah menunjukkan 2 pagi.
'baik aku tido'...
Aku meluru ke suis utama dan terus memadamkan lampu dan bergemelaplah bintang diluar jendela kamarku.
'selamat malam Razif,aku disini untuk menanti mu hingga ke pernafasan ku yang terakhir'...
NANTIKAN SAMBUNGAN NYA UOLZZZ...
NANTIKAN SAMBUNGAN NYA UOLZZZ...
No comments:
Post a Comment