UOLZ KENAL X NGN AZMEER???ayoooo kunang 'never' suke si over ni....lagi2 sejak jadi JURI utk VOKAL BUKAN SEJADAR RUPA....ayyoo mamat ni very the over tau...malaslah nk stroy panjang,check it out jerlah cite die kt metro harini....
INDAKAN komposer terkenal, Azmeer meninggalkan kerusi juri pada minggu kelapan pertandingan realiti, Vokal... Bukan �Sekadar Rupa mengundang pelbagai persoalan di kalangan penonton.
Ada yang mendakwa Azmeer hanya membuat gimik atau ‘berdrama’ sebaik berakhirnya persembahan peserta keempat, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, yang menyanyi lagu Dangerously In Love dan Ketahuan pada konsert yang disiarkan secara langsung di TV3 pada malam Ahad lalu.
Pada sidang media selepas konsert berakhir, Azmeer memaklumkan tindakan itu bukan disebabkan mahu melakukan gimik, sebaliknya didorong perasaan marah dan tidak dapat menahan sabar melihat persembahan yang mengecewakan.
“Saya bukan pelakon drama swasta tapi saya juri. Saya berhak menegur mereka. Sebagai juri apa perasaan anda kalau tengok persembahan anak murid sendiri mengecewakan. Setiap minggu saya asyik cakap benda yang sama. Kalau menegur dengan cara sendiri membuatkan orang marah saya, jadi lebih baik saya tinggalkan set.
“Saya bukan pelakon drama swasta tapi saya juri. Saya berhak menegur mereka. Sebagai juri apa perasaan anda kalau tengok persembahan anak murid sendiri mengecewakan. Setiap minggu saya asyik cakap benda yang sama. Kalau menegur dengan cara sendiri membuatkan orang marah saya, jadi lebih baik saya tinggalkan set.
“Saya tidak buat drama. Bukan TV3 yang suruh. Saya juga ada harga diri. Bukan sengaja saya nak buat begitu. Sebagai juri saya pegang amanah dan tugas berat untuk melahirkan bakat baru yang benar-benar berpotensi,” jelasnya.
Tambahnya, setiap peserta seolah-olah tidak mengendahkan tegurannya. Dia mengakui setiap peserta berbakat dalam bidang nyanyian namun belum mencapai tahap yang benar-benar hebat.
Lebih membimbangkan Azmeer persembahan peserta yang tidak konsisten pada setiap minggu menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan yang sama.
“Kalau menyanyi bagus tapi menari macam budak tadika, buat apa? Untuk program ini, mereka harus bagus menyanyi dan menari. Kalau saya tidak tegur mereka hari ini, saya tidak yakin mereka mampu bertahan di luar nanti.
“Mereka akan sama macam penyanyi program realiti TV lain. Saya tak mahu perkara ini terjadi kepada mereka. Sebab itu saya marahkan mereka,” katanya.
Pada konsert itu dua peserta, Azmarul Azuan Harun atau Azmarul, 27, dan Irsa Sahabuddin atau Irsa, 24, menduduki tangga terendah. Walau bagaimanapun selepas pusingan ‘battle’ membabitkan dua peserta berkenaan menyanyikan lagu Beribu Sesalan nyanyian asal Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah, akhirnya juri memaklumkan penyingkiran Irsa.
Mengulas mengenai pemilih Azmarul untuk mara ke minggu seterusnya, Azmeer memberitahu keputusannya dengan Erra Fazira itu dibuat bukan bersandarkan kepada persembahan Azmarul dan Irsa pada pusingan ‘battle’ saja. Sebaliknya, mengambil kira persembahan mereka sebelum ini.
“Persembahan Azmarul lebih konsisten berbanding Irsa. Suaranya tidak pernah pecah tapi Irsa pernah. Sebab itu kami bagi peluang kepada Azmarul,” ujar Azmeer.
Bagi Irsa Sahabuddin atau Irsa yang berasal dari �Sungai Besi, Kuala Lumpur pula walaupun kecewa kerana �tersingkir namun dia berasa puas kerana tersingkir pada minggu persembahan yang terbaik bagi dirinya. Mengenai teguran juri terutama Azmeer pula dia menganggap ia sebagai perkara biasa.
“Mengenai teguran Abang Azmeer yang kadang kala kasar saya anggap ia �sebagai kretikan membina. Mungkin awal-awal dulu saya terasa tapi lama kelamaan sudah biasa,” kata Irsa yang �menyanyikan lagu Bertamu Di Kalbu dan Mama Do (Uh Oh, Uh Oh) pada konsert itu.
Persaingan kini membabitkan Norhasmidar Ahmad �(Asmidar), 25, Mafa dan Azmarul.
No comments:
Post a Comment