IKLAN

Monday, December 26, 2011

SEDAPNYER DAPAT KENTUT...

Matileeerrr letak tajuk yg sgt konpiden kannn....


Memang btol uolz...arini kunang ade meeting..dan kebetulan,kunang agak terlewat sikit arini*sbb smlm byk show..pitam*so,kunang tak sempat nk buang air beso pagi ni...


apelagi,dlm bilik meeting,haruslh kunang tahan kentut itiewww,dari terus keluar melalui lubang bontot kunang yg masih ketat ini..*masih dare occay*


klau kunang lepaskan harus yg lain sembah sujud kebumi uolzz....tahan punye tahan punye tahan punye tahan...*lame tau tahan sbb meeting 1 jam* tbe2 kunang rase yg perut kunang ni mcm dah start beranginlah uolz...kembung sbb than kentut..*how?*


lepas bos cakap,meeting abis..kunang terus memecut laju menuju ke toilet...

sekadar gambar hiasan...


setibanye di toilet.....apelagi uolz......


PROOOOOOTTTT..PROOOOOOTTT...PROOOOTTT.....*kentut yg agak pjg,sbb dah lame tahan*


ahhhhhh.......puas hati aku.......

sekadar gambar hiasan..


p/s: jangan suke tahan kentut..nanti perut kembung.....

Thursday, December 22, 2011

40 ORANG HINDU BUTA KERANA RUNTUHKAN MASJID..



ngatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Ahbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelosok India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka karena telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

ANAK SEDARA YANG KE 4......

Uolzz....kunang in da house....wahhh,sejak2 kebelakangan ini,kunang asyik post video utk tatapan uolz...*malas leerr tu nak naip*...


Bukannyer mls uolz,tapi mengambil konsep biar video @ gambar menceritakan segala2nya..*gitieww* 


Ade orang percaye,konsep menggunakan video atau gambar ni jalan perceritaannnyer lebih jelas dan tepat..daripada membace ayat yg pjg berjala..abis2 bace,last2 tak phm jgk...tapi lain jgk,bagi mereka yg digelar 'ulat buku',membace adelah nyawe mereka...dan mereka sgt suke membace..*matilee kunang mmg dari dulu tak suke bace buku,lagi2 buku sejarah..pitam*


so,kunang tau,ramai followers kunang yg tak kire ape jantina sekalipun,mmg tak suke membace kan????*kak wan,jgn tak mengaku occay...ecah,jijah dan noli korang pun xsuke bace kan..dari zaman kolej asyik tgk video **** jer...kak BABY G,akak suke membace tak?ainaa:i believe dat u love to read so much*


harap2 dengan ape jue pendekatan yg cube kunang lakukan,uolz tetap maintain n still love to follow my blog...caaayyyaaannnngggg uolz ketat2..*jiwang pondan ni ek*



actually,bkn pasal ni kunang nk story kt uolz...tapi pasal kehadiran AHLI BARU DALAM KELUARGA KUNANG...kunang baru dapat lgi sorang anak sedara..means,kunang dah ade empat puluh empat, empat anak sedare...


yeaaaaaaaaaaaa.................kunang sgt gumbire....baby girl yg dilahirkan pade 20hb December 2011 pade jam 3.20pagi seberat 2.61 kg di Hospital Pakar Puteri JB,diberi name QISTINA NURNABIHA...


Yerrr,Qistina Nurnabiha adelah adik kepade Qistina Nurrafiqah yg putih meletop dan gebewwww itu....a.k.a flower girl terkenal kt jaybee..


Nanti,kunang bgi uolz tgk gmbr die occay..dah tu jer..kunang nk g tukar lampin die..*tekkssiiii*

Wednesday, December 21, 2011

SUAMI PONDAN,ISTERI TOMBOY (VIDEO)



Fakulti Filem Teater dan Animasi (SKRIN) TEKA
Semester 3
Pemenang anugerah penyunting terbaik
Pemenang anugerah lakon layar terbaik
Pemenang anugerah sinematografi terbaik
Pemenang anugerah pengarahan terbaik
Pemenang anugerah FILEM PENDEK TERBAIK KESELURUHAN 2011




actually,tajuk sebenaryer filem pendek ini ialah,'CIK ABANG'


SELAMAT MENONTON~

Tuesday, December 20, 2011

ARIFF ALFIAN MASIH ISLAM

KUALA LUMPUR – Ariff Alfian Rosli, former Malaysian students studied medicine in Ireland declined to comment on the news that he had married a foreign man.



The media contacted Ariff  in Ireland, asserting that he is still a Muslim, does not embrace any other religion and remained as a Muslim until the end of his life.
“I do not embrace to others religion, I am still a Muslim and will remain Muslim until my death. There is nothing that can shake my faith.” he told the media today.
Ariff also explained that he had not contacted his parents for few years reason is he has some misunderstanding with his father. He claim that he has regular contact with other siblings.
“I had some misunderstanding with my father in 2009 … so I was reported missing, but I was always in relation to other family members,” he said.
The wedding is believed to take place in a church outside of Malaysia and Ariff was dressed Malay, in black with gold color.
Ariff contacted by the media in Ireland also denied that he was ‘lost’ and insists he has immigrated legally in Ireland.
In addition, Ariff also claim that he inadvertently attract the attention of the public and media, he do not want to provoke controversy or problems, particularly to his family in Malaysia.

Turun Bendera Najib : Adam Hampir Ditumbuk(VIDEO)




Matileeee tbe2 feeling jadi wanita umno sbb buat post folitik bagai kan.....hehehehe...


Actually,kunang pun xberminat psal folitik2 segala ni,tapi bile dah keluar story psal mamat ni yg sangat dengan konpidennyer,menurunkan bendera org kuat malaysia,haruslah die pemes sekarang kann?????


Raseekaannnnn....hello....ko tau tak,muke sape yg cube ko trunkan tu??ko hengat tu guru besar sekolah ko???ni berkaitan dengan negara occay....


Sape lagi klau bukan kite yg perlu dan mesti menghormati negara kite sendiri.....so,pikir2kan lah yer.....

MENANGIS DAN AIR MATA~




FAKTA MENANGIS @ AIR MATA~


1. Membantu penglihatan


Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya



 mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat 


mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat 


penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria


Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi 



sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan 


lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-


bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan 


tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung


 bakteria, hanya dalam 5 minit.






3. Meningkatkan mood


Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan 



menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi 


mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam 


meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata 


yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan



 beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air


 mata yang keluar dari menangis emosional adalah 


mengandungi racun
.
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia



 mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress


Bagaimana menangis mengurangi stres?


Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam 



tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu 



melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress 


seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial


Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu



 seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan 


masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal


 ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga 


bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan


Semua orang ingin merasa demikian.


Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan


 cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul 


perasaan lega
.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan



 menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa


 lebih baik dan lega.



Friday, December 16, 2011

ARIFF ALFIAN KAWEN DENGAN LELAKI ITU......

Uolzzzz kenal sape Ariff alfian? apa?????????uolz xkenal....


Sekarang ni,haruslah dunia dan negara tentang bercerite tentang Ariff Alfian, coz die adelah rakyat Malaysia yg telah menghilangkan diri die luar negara semasa menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan sekarang ni uolzz,tup tup....die dah kawen kt United Kingdom tempat die melanjutkan pelajran..YANG PENTING...pasangannya adelah LELAKI...means,he's GAY.........


Jom,kite lyan sikit story die....


LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 13/12/2011

Pelajar perubatan hilang di Dublin



Ariff Alfian Rosli


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

JOM KITE LAYAN PLAK GAMBAR PERKAHWINAN DIE 


SEKARANG...



yup....yg baju hitam itu adelah Ariff Alfian...




BAHAGIA TAK????




KESIAN KAT AYAH AWK ARIFF...DIE KENE TANGGUNG 


HUTANG PEMBELAJARAN SMPAI RM890 


000...TOLONGLAH SELESAIKAN HUTANG ITU DULU 


SEBELUM NK MENYUNDALLLL.....

Wednesday, December 14, 2011

LAGI PONDAN DI NEWSPAPER............

TAK ABIS2 KAN ISU MAK NYAH@PONDAN NI.....


Kunang dah tak koser uolzzz nk bace story mory ni....Very the nak lakukan news paper kan....


PEMALSUAN BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA



Uolzzz kene bekeful ocayyy...sebab yg di highlight kan dengan warna kuning tu sebenaunyer,xde dolam borang bantuan ini..


So,sebelum uolz fill up Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia,pastikan btol2 borang itu adelah benar occay...


Jangan uolz pulak yg memberi bantuan dengan membenarkan mereka meng'hack' akaun uolz...


so,bekepul occayy...


bye..luvely..kunang:>



MATIEEE LAKI UOLZ PAN ASIAN.....

wwaaaaaaahhhhhhhhhhh.............kunang tgh sedeh ni uolzzz.....kwn kunang,si AYIE tu..dapat laki PAN ASIAN........



ala2 mcmni laki die...so,iolzz nak watpe skrg............????????????
*pitam tgk laki die*


Haruslah kunang yg ttbe duduk kt kerusi pun xkeruan...bunuh diri uolzzz klau fonen2 tgk laki die.....


Takpe2,kunang percaye dgn kecantikan kunang *fengsan*,yg kunang akan dapat jugak....*waahhhh,nak jugek*



Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

LELAKI SEJATI......

uolzzz...gigih tak kunang hapdate vlog lagi???walaupun keje kt opis ni tak siap2 lagi..heheheh...kunang mengigihkan diri sbb kunang ttbe terbace emel yg dihantar oleh sorang manusia..kunang pun dgn langkah yg penuh kewanitaan membuke emel ni...


FENGSAN..............


Die bgi soklan cepu emas kt kunang....


PLS REPLY ME BACK THE ANSWER FOR ALL THIS QUESTION.ADAKAH SESEORANG ITU ADALAH MENJADI LELAKI SEJATI SEKIRANYA:
1) DIA TIDAK MENANGIS.
2) DIA TIDAK TAKUT DENGAN KECEDERAAN
3) DIA TIDAK SUKA DENGAN PAYUNG.
4) DIA HARUS MENYIMPAN JANGGUT
5) PANDAI MAIN BOLA SEPAK@ RAGBI


Lantas,kunang yang penuh dengan kelembutan ini pun terus meng'reply' emel die...


TQ FOR YOUR QUESTION MISS...MY ANSWER..
1)LELAKI TIDAK MENANGIS...

- LELAKI SEJATI TIDAK BOLEH MENAGIS?TAHUKAH ANDA BAHAWA SESUNGGUHNYA DALAM AGAMA,LELAKI YG MENANGIS ADALAH LELAKI YG KUAT IMANNYA?SEDANGAKN KITE KETAHUI,BILA KITE BERDOA KEPADA IILAHI ,MENANGIS ADALAH TANDA KERDILNYA KITA DISISI ALLAH..?KALAU LELAKI TIDAK BOLEH MENAGIS MAKNAYER,LELAKI TIDAK BOLEH BERDOA?PIKIRKANLAH,KERANA BAGI SAYE,BILA AWAK TERJUMPE DENGAN LELAKI YG BOLEH MENANGIS AWK PATUT BERSYUKUR SEKURANG2NYA LELAKI ITU TAHU YG DIE MASIH MEMPUNYAI RASE RENDAH DIRI,BERSALAH MAHUPUN GEMBIRA...


2) LELAKI TIDAK TAKUT CEDERA...

- HELLOOOOOO....BODOHLAH LELAKI TU..KLAU BERANI SGT,BIAR DIE TAGHAH SEMUA KULIT DIE..


3) LELAKI TIDAK SUKA DENGAN PAYUNG

- MMG TIDAK BAGI LELAKI BUJANG..APETAH LAGI BILE KAWAN2 DIE NMPK YG DIE GUNAKAN PAYUNG..*bunuh diri* TAPI PERNAHKAN ANDA NAMPAK BILA ADA SEORANG AYAH@SUAMI YANG MENGGUNAKAN PAYUNG UNTUK MEMAYUNGI ANAK2NYA DAN ISTERINYA TATKALA HUJAN@PANAS TERIK?BUKANKAH LELAKI ITU NAMPAK LEBIH GENTLEMEN & PENYAYANG???


4) LELAKI HARUS MENYIMPAN JANGGUT.

- RAMAI POLIS LELAKI TAKDE JANGGUT..ADAKAH MEREKA BUKAN LELAKI?BAGI SAYE,JANGGUT INI TERPULANG PADE INDIVIDU DENGAN MENGIKUT KESESUAIAN PADE BENTUK MUKA SESEORANG ITU..ADE JUGA LELAKI YG SUKEKAN JANGGUT KERANA NMPK LEBIH MACHO,ADE JUGA LELAKI YG TIDAK SUKEKANYER KERANA INGIN NAMPAK LEBIH KEMAS DAN RAPI..


5) LELAKI HARUS PANDAI MAIN BOLA SEPAK DAN RAGBI..

- ADAKAH LELAKI YANG TIDAK BOLEH BERMAIN  BOLA SEPAK DAN RAGBI BUKAN LELAKI SEJATI?*asal kaki bangku jer korang ingat dieorg pondan kan?*BAGAIMANE KALAU ADA LELAKI YANG TIDAK MEMINATI SUKAN RAGBI ATAU BOLA SEPAK TAPI MEMINATI SEPAK TAKRAW,ADEKAH LELAKI INI BOLEH MENGGANGAP LELAKI LAIN YG TIDAK MEMINATI TAKRAW ADELAH BUKAN LELAKI SEJATI?AWK KENA FAHAM YG SESUNGGUHNYA,MANUSIA DILAHIRKAN DALAM PELBAGAI MINAT DAN KECENDERUNGAN..


SAYA HARAP ANDA BERPUAS HATI DENGAN SEMUA JAWAPAN SAYE..PEGANGLAH PADE KATE2 'JANGANLAH SUKE MENILAI,SESEORANG ITU HANYA PADE LUARANNYE SAHAJA'
TERIMA KASIH...


Bagaiamane uolz??? mcm professor tak kunang jawap soklan final kertas 2 sains kemanusiaan???hehehehe...


Bukannyer ape,kdg2 kite harus fhm ape yg ade dlm diri setiap manusia..kerana manusia ni terlalu subjektif utk dinilai..fikirkanlah..


Assalamualaikum...bye..luvely..kunang:>

PONDAN MELARISKAN UOLZZZ KER??

Morning uolzz....kunang in da house...apa khabar Malaysia???waaahhhh tetibe pulak feeling artis nk wat show kann...hehhehe...


Kunang rindu banget ngn uolz...mekasehlah pade yg terus mempollow vlog kunang yg xseberape cantik mcm kunang ni..*kunang cantik occayyy..lariikkkkk*


Bagaimane uolz skrg?harapnyer uolz sihat disamping keluarga dan org tersayang...thanx jgk pade yg emel kt kunang utk share pelbagai story mory utk kunang post kan kt sni..tapi,kunang mntak maaf jgk coz xsemua dapat kunang postkan..kunang tetep akan melakukan pemilihan...*gitiewww..*


Tapi kunang rase,mcm ade satu isu yg best lah uolz...of course dan semestinya pasal PONDAN jgk..nyawe occay...


Uolz perasan tak,lately ni mmg byk pihak media samada majalah,suratkhabar dan televisyen sendiri byk mengutarakan isu2 yg berkaitan ngn pondan..moitppnyer???


For surelah nk bgi bahan mereka "LAKU' uolzzz....very the publisiti occay...Lagi2 klau Metro,ayoooo,xsudah2 nk bangkitkan isu pondan..pondan pergi kemlah,pondan insaflah,pondan itu lah,pondan inilah...hellooooo.....sikit2 sudahlah uolzzzz.....


Dari mula isu penukaran nama yg tidak berjaya oleh arwah Ahmad Asyraf,isu pondan semakin berlanjutan..



Uolzz mcm dah xde isu lain ke nk diketengahkan???ke isu pondan ni mmg boleh wat uolzz laris @ kaya???


Pastu,bile bukak isu ni,semue yg buruk2 kan??apa,buruk sgt ke pondan ni??????


Kunang pun malas nk ulas pjg2,nnti kunang emosi uolz...oklah..bye..*tgh nanges smbil terduduk*...











Thursday, December 8, 2011

CHEF RIZ MASTERCHEF TIPU??PROPAAAAA JER KO....

PROPA PUNYE CHEF RIZ....


BILE KT MASTERCHEF BUKAN MAIN LAGI KO,MENGAJAR MCM PANDAI SGT..RUPENYER...NON HADOOOO.....


NEVER SUKE MASTERCHEF..



UOLZ PIKIRLAH SENDIRI YER.....

Wednesday, December 7, 2011

OVERLAH KAU AZMEER...PUBLISITI SGT!

uolzzzz....kunang in da house....uolz tgh watpe?kene bantai ngn laki ker?hehhehe..harap2 nyer tidaklah yer...
UOLZ KENAL X NGN AZMEER???ayoooo kunang 'never' suke si over ni....lagi2 sejak jadi JURI utk VOKAL BUKAN SEJADAR RUPA....ayyoo mamat ni very the over tau...malaslah nk stroy panjang,check it out jerlah cite die kt metro harini....



INDAKAN komposer terkenal, Azmeer meninggalkan kerusi juri pada minggu kelapan pertandingan realiti, Vokal... Bukan �Sekadar Rupa mengundang pelbagai persoalan di kalangan penonton.
Ada yang mendakwa Azmeer hanya membuat gimik atau ‘berdrama’ sebaik berakhirnya persembahan peserta keempat, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, yang menyanyi lagu Dangerously In Love dan Ketahuan pada konsert yang disiarkan secara langsung di TV3 pada malam Ahad lalu. 
Pada sidang media selepas konsert berakhir, Azmeer memaklumkan tindakan itu bukan disebabkan mahu melakukan gimik, sebaliknya didorong perasaan marah dan tidak dapat menahan sabar melihat persembahan yang mengecewakan.

“Saya bukan pelakon drama swasta tapi saya juri. Saya berhak menegur mereka. Sebagai juri apa perasaan anda kalau tengok persembahan anak murid sendiri mengecewakan. Setiap minggu saya asyik cakap benda yang sama. Kalau menegur dengan cara sendiri membuatkan orang marah saya, jadi lebih baik saya tinggalkan set.


“Saya tidak buat drama. Bukan TV3 yang suruh. Saya juga ada harga diri. Bukan sengaja saya nak buat begitu. Sebagai juri saya pegang amanah dan tugas berat untuk melahirkan bakat baru yang benar-benar berpotensi,” jelasnya.

Tambahnya, setiap peserta seolah-olah tidak mengendahkan tegurannya. Dia mengakui setiap peserta berbakat dalam bidang nyanyian namun belum mencapai tahap yang benar-benar hebat.

Lebih membimbangkan Azmeer persembahan peserta yang tidak konsisten pada setiap minggu menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan yang sama.

“Kalau menyanyi bagus tapi menari macam budak tadika, buat apa? Untuk program ini, mereka harus bagus menyanyi dan menari. Kalau saya tidak tegur mereka hari ini, saya tidak yakin mereka mampu bertahan di luar nanti.

“Mereka akan sama macam penyanyi program realiti TV lain. Saya tak mahu perkara ini terjadi kepada mereka. Sebab itu saya marahkan mereka,” katanya.

Pada konsert itu dua peserta, Azmarul Azuan Harun atau Azmarul, 27, dan Irsa Sahabuddin atau Irsa, 24, menduduki tangga terendah. Walau bagaimanapun selepas pusingan ‘battle’ membabitkan dua peserta berkenaan menyanyikan lagu Beribu Sesalan nyanyian asal Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah, akhirnya juri memaklumkan penyingkiran Irsa.

Mengulas mengenai pemilih Azmarul untuk mara ke minggu seterusnya, Azmeer memberitahu keputusannya dengan Erra Fazira itu dibuat bukan bersandarkan kepada persembahan Azmarul dan Irsa pada pusingan ‘battle’ saja. Sebaliknya, mengambil kira persembahan mereka sebelum ini.

“Persembahan Azmarul lebih konsisten berbanding Irsa. Suaranya tidak pernah pecah tapi Irsa pernah. Sebab itu kami bagi peluang kepada Azmarul,” ujar Azmeer.

Bagi Irsa Sahabuddin atau Irsa yang berasal dari �Sungai Besi, Kuala Lumpur pula walaupun kecewa kerana �tersingkir namun dia berasa puas kerana tersingkir pada minggu persembahan yang terbaik bagi dirinya. Mengenai teguran juri terutama Azmeer pula dia menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Mengenai teguran Abang Azmeer yang kadang kala kasar saya anggap ia �sebagai kretikan membina. Mungkin awal-awal dulu saya terasa tapi lama kelamaan sudah biasa,” kata Irsa yang �menyanyikan lagu Bertamu Di Kalbu dan Mama Do (Uh Oh, Uh Oh) pada konsert itu.

Persaingan kini membabitkan Norhasmidar Ahmad �(Asmidar), 25, Mafa dan Azmarul.

* TERINGAT SATU KOMEN AZMEER YG BERPUSING2..KONON2  TAK SUKE DAN TAK BOLEH MAAFKAN ORG MELAKUKAN KESILAPAN..TAPI BILA ERRA FAZIRA KOMEN PASAL KESILAPAN,DIE SURUH ERRA BAGI PELUANG SBB MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN..FENING*

Monday, December 5, 2011

Saingan antara 16 dan 53 tahun!

ARTIS baru, Najwa Latif, 16, membuat kejutan mengesahkan lagu keramatnya, Cinta Muka Buku, berada dalam senarai 12 lagu bersaing pada final Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) yang akan berlangsung 29 Januari depan.
Selain lagu Najwa, lagu Penakut nyanyian Yuna, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet) serta Sedetik Lebih (Anuar Zain) juga berjaya melepasi Separuh Akhir ketiga program terulung TV3, Muzik Muzik, Jumaat lalu. Program itu disiarkan secara siaran langsung bermula jam 9 malam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. 
Kini selepas 30 lagu bertarung pada tiga sesi saingan Separuh Akhir selama tiga minggu berturut-turut, 12 lagu bakal berentap pada final kelak.

Lagu itu adalah Gadis Semasa & Penakut (Yuna), Kisah Hati (Alyah), Beribu Sesalan (Jaclyn/Shila Amzah/Ning Baizura), Kekanda Adinda (Atilia/Loque), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Sungai Lui (Aizat), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Kalau berpacaran (Sohaimi/Ana/Altimet), Sedetik Lebih Lebih (Anuar Zain), Karma (Faizal Tahir) dan Awan Nano (Hafiz).

Najwa yang masih terlalu muda berkata, dia memang gemuruh sebaik lagu Cinta Muka Buku diumum mara ke final.

“Untuk seseorang baru berada dalam industri hiburan selama lima bulan dan berada ke final, pasti membuatkan diri berasa bertuah.

“Pencapaian mara ke tahap ini bukan bermakna saya boleh menempa kejayaan mudah kerana masih banyak perlu dibuat terutamanya mengawal rasa gugup dan membuatkan peminat terus terhibur.

“Kalau dilihat daripada barisan 11 lagu dan artis lain bersaing dan beberapa juara edisi lalu, baru saya dapat sangat berdebar berada dalam satu kelompok bersama mereka. Saya mahu ucap terima kasih kepada semua,” kata gitaris bertudung ini yang menempa populariti menerusi laman YouTube ini.

Yuna, satu-satunya mara dengan dua lagu, Penakut dan Gadis Semasa berkata:” Saya gembira kerana Penakut yang dianggap lagu eksperimen akhirnya menjadi dan dapat diterima umum.

“Saya menghargai semua peserta finalis AJL26. Sekarang kita tunggu dan lihat kerana apa saja boleh berlaku kerana semua lagu berada pada final ada karakter dan melodi menarik tersendiri.”

Sohaimi yang muncul sebagai peserta paling senior pada usia 53 tahun bersaing pada final kali ini menganggap masyarakat masih menerima lagu duet bersama juara tahun lalu, Ana Raffali.

“Lagu ini dicipta spontan sewaktu sesi cipta ekspres MACP di Port Dickson dan saya tidak sangka pula ramai suka lagu ini. Kadangkala saya tersenyum sendirian memikirkan lirik lagu Kalau Berpacaran yang kadangkala melucukan dan bagi saya ini satu penghormatan dan merasakan diri masih ada dalam hati pendengar. Duet saya bersama Ana pasti mendapat saingan hebat artis rock seperti Loque berpadu suara bersama penyanyi jazz, Atilia lagu Kekanda Adinda. Detik bakal tiba sungguh menarik,” katanya.

Persembahan Separuh Akhir ketiga menampilkan persembahan kumpulan jemputan, Ilusi menyampaikan tiga medley tiga lagu, Puisi Cinta/Segalanya Ku Terima/Inang Bujang dan Dara.

Semua 30 lagu bertanding pada Separuh Akhir Muzik-Muzik dinilai oleh juri terdiri daripada Profesor Madya Dr Lim Swee Tim, Azlan Abu Hassan, Hazami, Yassin dan Azhar Borhan sebagai ketua juri.

“Senarai lagu bertanding kali ini adalah angkatan muda yang membentuk ‘trend’ yang bagus. Terdapat ‘blend’ mantap terutamanya penulis lagu berkebolehan malah kehadiran Datuk M Nasir selaku pencipta lagu Awan Nano membuktikan beliau masih relevan dalam arus baru.

“Secara peribadi, saya akui tidak dapat mengikut keseluruhan lagu tapi ada antaranya sekali dengar, memang cukup ‘catchy’ dan menghiburkan yang cukup untuk mempengaruhi pendengar mendengar,” katanya.


SENARAI LAGU LAYAK KE FINAL AJL26

1- Gadis Semasa (Yuna)
2- Penakut (Yuna)
3- Kisah Hati (Alyah)
4- Beribu Sesalan (Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura)
5- Kekanda Adinda (Atilia/Loque)
6- Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
7- Sungai Lui (Aizat)
8- Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
9- Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet)
10 - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
11- Karma (Faizal Tahir)
12- Awan Nano (Hafiz)

The Next Siti Nurhaliza



Matieeee lah kite klau budak ni dpat peluang wat persembahan.....


Next Siti nurhaliza?or next Yuna?or next Najwa Latiff???


Anda ada jawapannyerrr....*matiiieee feeling pengacara astro*