IKLAN

Monday, December 5, 2011

Saingan antara 16 dan 53 tahun!

ARTIS baru, Najwa Latif, 16, membuat kejutan mengesahkan lagu keramatnya, Cinta Muka Buku, berada dalam senarai 12 lagu bersaing pada final Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) yang akan berlangsung 29 Januari depan.
Selain lagu Najwa, lagu Penakut nyanyian Yuna, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet) serta Sedetik Lebih (Anuar Zain) juga berjaya melepasi Separuh Akhir ketiga program terulung TV3, Muzik Muzik, Jumaat lalu. Program itu disiarkan secara siaran langsung bermula jam 9 malam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. 
Kini selepas 30 lagu bertarung pada tiga sesi saingan Separuh Akhir selama tiga minggu berturut-turut, 12 lagu bakal berentap pada final kelak.

Lagu itu adalah Gadis Semasa & Penakut (Yuna), Kisah Hati (Alyah), Beribu Sesalan (Jaclyn/Shila Amzah/Ning Baizura), Kekanda Adinda (Atilia/Loque), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Sungai Lui (Aizat), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Kalau berpacaran (Sohaimi/Ana/Altimet), Sedetik Lebih Lebih (Anuar Zain), Karma (Faizal Tahir) dan Awan Nano (Hafiz).

Najwa yang masih terlalu muda berkata, dia memang gemuruh sebaik lagu Cinta Muka Buku diumum mara ke final.

“Untuk seseorang baru berada dalam industri hiburan selama lima bulan dan berada ke final, pasti membuatkan diri berasa bertuah.

“Pencapaian mara ke tahap ini bukan bermakna saya boleh menempa kejayaan mudah kerana masih banyak perlu dibuat terutamanya mengawal rasa gugup dan membuatkan peminat terus terhibur.

“Kalau dilihat daripada barisan 11 lagu dan artis lain bersaing dan beberapa juara edisi lalu, baru saya dapat sangat berdebar berada dalam satu kelompok bersama mereka. Saya mahu ucap terima kasih kepada semua,” kata gitaris bertudung ini yang menempa populariti menerusi laman YouTube ini.

Yuna, satu-satunya mara dengan dua lagu, Penakut dan Gadis Semasa berkata:” Saya gembira kerana Penakut yang dianggap lagu eksperimen akhirnya menjadi dan dapat diterima umum.

“Saya menghargai semua peserta finalis AJL26. Sekarang kita tunggu dan lihat kerana apa saja boleh berlaku kerana semua lagu berada pada final ada karakter dan melodi menarik tersendiri.”

Sohaimi yang muncul sebagai peserta paling senior pada usia 53 tahun bersaing pada final kali ini menganggap masyarakat masih menerima lagu duet bersama juara tahun lalu, Ana Raffali.

“Lagu ini dicipta spontan sewaktu sesi cipta ekspres MACP di Port Dickson dan saya tidak sangka pula ramai suka lagu ini. Kadangkala saya tersenyum sendirian memikirkan lirik lagu Kalau Berpacaran yang kadangkala melucukan dan bagi saya ini satu penghormatan dan merasakan diri masih ada dalam hati pendengar. Duet saya bersama Ana pasti mendapat saingan hebat artis rock seperti Loque berpadu suara bersama penyanyi jazz, Atilia lagu Kekanda Adinda. Detik bakal tiba sungguh menarik,” katanya.

Persembahan Separuh Akhir ketiga menampilkan persembahan kumpulan jemputan, Ilusi menyampaikan tiga medley tiga lagu, Puisi Cinta/Segalanya Ku Terima/Inang Bujang dan Dara.

Semua 30 lagu bertanding pada Separuh Akhir Muzik-Muzik dinilai oleh juri terdiri daripada Profesor Madya Dr Lim Swee Tim, Azlan Abu Hassan, Hazami, Yassin dan Azhar Borhan sebagai ketua juri.

“Senarai lagu bertanding kali ini adalah angkatan muda yang membentuk ‘trend’ yang bagus. Terdapat ‘blend’ mantap terutamanya penulis lagu berkebolehan malah kehadiran Datuk M Nasir selaku pencipta lagu Awan Nano membuktikan beliau masih relevan dalam arus baru.

“Secara peribadi, saya akui tidak dapat mengikut keseluruhan lagu tapi ada antaranya sekali dengar, memang cukup ‘catchy’ dan menghiburkan yang cukup untuk mempengaruhi pendengar mendengar,” katanya.


SENARAI LAGU LAYAK KE FINAL AJL26

1- Gadis Semasa (Yuna)
2- Penakut (Yuna)
3- Kisah Hati (Alyah)
4- Beribu Sesalan (Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura)
5- Kekanda Adinda (Atilia/Loque)
6- Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
7- Sungai Lui (Aizat)
8- Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
9- Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet)
10 - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
11- Karma (Faizal Tahir)
12- Awan Nano (Hafiz)

No comments:

Post a Comment