IKLAN

Wednesday, April 6, 2011

SULTAN MELAKA PALSU...

UOLZZZ...Mesti uolzz penah dgr psal story ni kan??SULTAN MELAKA PALSU...

Semalam,kunang dan seluruh seisi keluarga menonton rancangan EKSKLUSIF TV1 jam 9.30 malam hingga 10.00 malam..

Menceritekan tentang keberanian seorang lelaki yang mengaku dirinye adelah 'SULTAN MELAKA'...

Raja Noor Jan Shah,53 tahun mengaku yang dirinye adelah "SULTAN MELAKA" dan menggelarkan dirinye sebagai 'TUANKU' juge mengakui mempunyai keris TAMING SARI dan beberape barang berharga dari keturunan diraja...

Menurut rancangan EKSLUSIF yg kunang tonton semalam,Noor Jan Shah mempunyai sebuah premis opis yg dilabelkan sebagai KAWASAN DIRAJA...


INI ADALAH RAJA NOOR JAN SHAH yg mengaku dirinye sebagai SULTAN MELAKA...(aksesori complete occay)...

Disini,kunang ade ambil beberape info yg kunang amik dari blog JIAN MEI utk tatapan uolz...


Sultan Melaka bagi pingat palsu


bangunan kedai di Bandar Puteri, Puchong
tempat berlangsungnya penganugerahan pingat oleh Noor Jan kelmarin.


GOMBAK - Penuntut takhta Kesultanan Melaka, Raja Noor Jan Shah, 53, menganugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah sebuah syarikat hartanah global yang juga kenalannya pada majlis perasmian sebuah bangunan di Bandar Puteri, Puchong kelmarin.
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Bendahara kepada Noor Jan, Yahya Abdullah selepas sidang akhbar oleh Noor Jan di sebuah rumah kedai yang digelar sebagai Balai Seri Melaka di Batu Caves di sini semalam.
Menurut Yahya, pada majlis perasmian tersebut yang turut dihadiri 150 pelabur asing, hanya pengarah syarikat itu yang menerima pingat kebesaran tersebut.
Dalam pada itu, Noor Jan mengakui dia dijemput khas sebagai tetamu dan diberi penghormatan merasmikan bangunan empat tingkat syarikat hartanah tersebut.
Noor Jan yang membahasakan dirinya sebagai 'tuanku' memberitahu, dia mengenali pengarah syarikat tersebut tetapi tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.



"Pengarah syarikat itu jemput 'tuanku' sebagai tetamu khas dan beliau memuliakan Sultan Melaka kerana memahami keturunan raja negeri itu," kata Noor Jan yang memakai pakaian penuh istiadat pada sidang akhbar semalam.
Pada sidang akhbar itu, Noor Jan juga banyak menyelitkan mengenai salasilah yang mengangkat dirinya sebagai pewaris Kesultanan Melaka.
Ditanya mengenai kereta Rolls Royce sewa yang tertera namanya, Noor Jan berkata, kereta bernilai RM2.85 juta itu tidak digunakan oleh syarikat itu untuk membawanya. Kenderaan itu dijadikan gimik bagi meraikan pelabur asing.
"Kereta itu juga dijadikan gimik untuk menyambut 'tuanku' yang hadir pada majlis itu dan kenderaan itu dipulangkan selepas majlis berlangsung.
"Nama saya di depan dan belakang kereta itu hanya bermaksud untuk menggahkan Sultan Melaka, jadi apa salahnya," kata Noor Jan.
Bagaimanapun, Noor Jan memberitahu, semasa kereta itu disita dia sudah meninggalkan majlis dan mendakwa tidak tahu-menahu mengenai kereta itu tiada cukai jalan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Polis sedang menyiasat sebuah syarikat pelaburan hartanah yang sanggup menyewa sebuah kereta Rolls Royce dari sebuah kedai kereta terpakai bagi dijadikan gimik untuk menipu kira-kira 150 pelabur asing.
Pelabur-pelabur asing yang hadir dalam majlis itu ialah pelabur warga Vietnam, Taiwan, China dan Hong Kong.
Polis kemudian merampas kereta tersebut.


*sumber blog: JIAN MEI..




Polis tiada kuasa siasat Sultan Melaka


KERETA Rolls Royce yang menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu ini disita polis di Puchong minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah, 53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis perasmian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.
"Selain Noor Jan, polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis perasmian bangunan itu yang dimiliki seorang usahawan hartanah global," kata beliau di sini.

*sumber blog : JIAN MEI

sori JIAN MEI...

so,klau uolzzz de pape info..email kt kunang ngn segera tau....

bye....luvely..kunang:>

No comments:

Post a Comment