IKLAN

Wednesday, November 2, 2011

AKU DAN DIA # episod 3

sedutan episod 2
'boleh ke kite jumpe kunang?'razif menghantar sms kepadaku...

sambungan...

apalah jawapan yang harus aku berikan agar dia tidak terluka dan aku tidak kecewa.Mengapalah semakin sukar rasanya aku menempuh hari mendatang.

'aku buzy arini,maybe next time'..aku menjawab tekad,walaupun jauh disudut hatiku begitu merinduinya..

Sebenarnya,aku memang bertekad untuk tidak menemui Razif lagi kerana aku tidak sanggup bermain dengan perasaan aku walupun hakikatnya aku meronta-ronta untuk bertemu dengannya.Biarlah masa menentukan.

Maafkan aku Razif........

Razif begitu kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh kunang.Kunang seolah-olah terus tidak mempedulikan dan menyayaingi nya seperti dahulu.Kunang seolah-olah terus buang dirinya jauh.

Aku terus memandu perlahan Viva ku menuju ke destinasi yang seterusnya.Kemana pacuan ku berhenti,disitulah destinasiku.Walaupun orang ramai disetiap destinasi perhentian ku,tapi aku tidak tahu mengapa aku rasa masih bersendirian.

Aku kosong.

Ketenagan demi ketenagan yang aku cari.Ruang yang besar aku perlukan untuk aku bentangkan perasaan aku yang hancur kerana perbuatan orang yang tersayang.Aku sama sekali tidak menyalahkan Razif kerana berumah tangga,kerana sememangnya itulah karma manusia.Itulah hakikat yang harus aku belajar,sesungguhnya lelaki hanya untuk wanita.

Tapi aku tidak dapat menerima perbuatan Razif yang menjauhkan diri dari aku ketika menjelang majlis perkahwinan nya.

Adakah dia cuba melupakan aku seketika?atau dia malu berkawan dengan insan seperti aku?atau dia tidak mahu aku terluka?

Kini,terimalah pembalasan dari aku pula.Aku nak kau rasa apa yang aku rasa.Biar kau tercari-cari aku seperti mana aku tercari-cari diri kau disaat aku memerlukan kau.Ini hanyalah suku dari apa yang telah kau lakukan.

Perjalanan diteruskan,aku semakin jauh.Telefon ku berdering.

'oii,ko kat mane?lepak nak?kat karoke..kwn aku ni tgh blur,tgh tension,die ajak aku lepak,mcm xbest plak 2 orang..klau ko ade best sikit'..roslan menawar aku..

'Nak lepak karoke mane?'

'Karoke biase k..dalam setengah jam..ok x?'

tanpa berfikir panjang,aku yang memang rindukan saat untuk berkaroke berbesar hati menerima pelawan itu..

'ok..set..jumpe kat sane'...

Setengah jam yang ditunggu,aku tiba paling awal ditempat yang di janjikan.Memang menjadi kebiasaan,aku lah orang yang sentiasa awal dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.

'oii,kate bwk mmber ko?mane die?..aku bertanye pada Roslan..

'Die ade tgh beli rokok'..

'Beli kat mane?'..aku bertanya kembali...

'kat situ..tu die.....' roslan menuding jejari ke arah seseorang jejaka yang berada 50 meter pada kami..

'yang itu??'.....................

TUNGGUUUU YER UOLZZZZ.............


No comments:

Post a Comment