IKLAN

Wednesday, November 2, 2011

AKU DAN DIA # episod 4

sedutan episod 3
'kat situ..tu die.....' roslan menuding jejari ke arah seseorang jejaka yang berada 50 meter pada kami..

'yang itu??'.....................

sambungan...

Jejaka tampan itu mengatur langkah satu persatu,setiap tapak disusun kemas mengatur gerak.Aku sekadar melihat dari kejauhan 50 meter.Dia semakin menghampiri ku.Aku semakin resah dan gelisah,aku seakan tidak menentu.Kenapa setelah melihat kelibat kau,aku jadi tak keruan.Lama sungguh kita tidak bersua,terasa rindu menggamit semula tatkala melihat wajah tampanmu.

'hhahahaha..terkejut tak tgk aku??'....

'terkejut sangat..bile ko balik?'

Aku membalas semula sapaan FIZO,teman tapi mesra ku yang sudah lama balik ke Terengganu,dan harini dia muncul dihadapan ku.

Memang lain,memang berubah.Semakin bergaya,semakin cerah tidak seperti dulu.

'rindu aku tak?'..hehehe..Fizo menyentak lamunan ku..

'Mestilah aku rindu..'..aku terus mendakap manja dalam pelukan Fizo.

Kehangatannya masih seprti dulu.Rindu rasanya berada dalam pelukan jejaka ini.Fizo mula menaikkan tangannya dan menyapu lembut ke arah rambut paras leher ku ini dan aku semakin erat memeluk nya.

Kami terus berkaroke dan berjalan sepanjang hari.Roslan meninggalkan kami setelah selesai berkaroke.Rupa-rupanya ini adalah perancangan Roslan dan Fizo utntuk berjumpa dengan aku.Aku gembira bila melihat wajah Fizo yang tidak lekang dengan senyuman.Sememangnya Fizo seorang lelaki yang tidak lekok dengan senyuman dan penuh dengan cerita.Dia juga peneman ku tatkala aku kesunyian dan bila aku berantakan dengan Razif.Ya,Fizo juga mengetahui akan hubungan sulit aku dengan Razif.Pernah juga kekadang Fizo melawak dengan ku,supaya meninggalkan Razif dan mengambil dia sebagai peneman hidup.Tapi aku tahu,itu sekadar gurauan dari jejaka bermata coklat ini.

Razif?aku seakan terlupa badai dan masalah yang melanda kami.Aku semakin seronok dan gembira dengan kehadiran Fizo yang menemani siang dan malam ku.

Setelah seminggu bercuti,esok aku mula bekerja.Aku menarik nafas panjang memikirkannya.Bukan kerja melambak yang aku tinggalkan,tapi aku memikirkan potensi untuk berjumpa dengan Razif sangat tinggi.Kami satu tempat kerja,cuma kami dalam jabatan yang berlainan.

Pagi indah hari ni,aku semburkan dengan wangian DKNY milik peribadi aku yang dibeli dari Singapura tidak lama dahulu untuk aku melangkah yakin ke pejabat hari ni.

Setiba awal di pejabat,mata aku cuba mencari kelibat si Razif,tapi tidak kelihatan.Rindu betul rasanya nak bau wangian Dunhill Desire Blue miliknya.Tapi,bagus juga tidak bertentang mata dengannya.Mungkin inilah peluang aku dapat melupakan jejaka itu.Telefon berdering perlahan dalam nada "meeting'.Pesanan ringkas menyusur masuk.Adakah Razif mula menghantar 'sms' seperti dahulu?

'Pagi sayang :)'

Fuuuhhhh...Fizo rupanya....

'Pagi..'

Kami mula berbalas mesej disetiap kelapagan.Mesej dari Razif dan panggilannya aku mula abaikan.Tergamak aku melukakan hati dia sebegitu rupa.

Good bye Razif.Welcome Fizo.

Hari demi hari,aku mengatur hidup ku sedikit demi sedikit.Aku mula bangkit dari kegusaran dan kesuraman lepas.

Tapi,malam ini aku bersendirian kerana Fizo ada kerja diluar kawasan bersama bos dan teman-temannya.Hanya pesanan ringkas dan panggilan penawar rindu kami berdua.

Esok hari minggu,tapi aku sekadar bersantai dirumah.Aku terus bersiap,menyarungkan singlet labuh ku berwarna merah jambu,bersama legging hitam ku dan aku tutup pula dengan jaket kulit kecil berwarna hitam agar nampak sedondon.Aku sapukan sedikit bedak dan celak,dan aku terus berangkat keluar rumah untuk bersantai walaupun bersendirian.

Jam di dalam kereta,sudah menunjukkan jam 12.24 pagi.Aku baru bermula.Malam minggu memang biasa macam ni,semuanya sentiasa awal,tiada istilah tidur di kesibukan kota tempat aku tinggal pada malam minggu.

Aku membuat keputusan untuk berhenti di tasik tempat ramai pasangan mencari angin dan ketenagan.Sebelum itu,aku sempat membeli satu set 'Double Cheese burger' untuk aku makan sepanjang aku berada di tasik ni.Walaupun bersendirian,aku gembira dapat mencari ketenagan.

Aku mula mengambil tempat.Bangku disalah satu deretan jalan tasik itu,aku berhenti disitu.Aku labuhkan punggung munggil ku keatas bangku tersebut dan mula membuka bungkus makanan ku.Aku makan satu persatu sambil melihat kerdipan bintang,kecantikan bulan yang menyusur kedalam mata ku sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Amannya malam ni.Sesekali terdengar juga suara kanak-kanak berlari dan ketawa sesama mereka kerana bermain di tapak permainan berdekatan.Seronok aku melihat aksi mereka.

'Assalamualaikum'..........

TARAAAAAAAA............JANGAN KEMANA-MANA..TUNGGU SAMBUNGANYER YER..

No comments:

Post a Comment