IKLAN

Wednesday, June 8, 2011

~Cinta Kunang~ bhgian 6

'ape die radi??ckplah..'aku semakin rungsing..
'aku dah nak kawin nanti..bulan 6'..radi tenang memberitahu..
'oo..tahniah babe..'aku terus mematikan panggilan..

Menangis??sama sekali tidak..tidak perlu rasanya aku menagis kerana ini..sememangnya perkara seperti ini,sudah lama aku pikirkan,dan aku harus bersiap dari segi fizikal dan mental..inilah percaturannya dan inilah karmanya..lelaki memang tercipta untuk wanita..cantiklah aku sebagaimana sekalipun,hakikatnya mereka(wanita) pasti mengungguli..

Radi..dulu kita ketawa bersama..
kita berjalan bersama..
kita menangis bersama..
kita makan bersama..
kita susah dan senang bersama..
tapi sekarang,kau sudah tiada..

Hari demi hari,kami semakin jauh..jauh..jauh dan jaaaauuuhhhhhh....
Radi semakin sibuk dengan persiapannya,jarang-jarang die menelefon aku..cuma kami tetap bersms menanyakan kesihatan masing-masing..
Aku merasakan baru semalam kau memeluk aku..baru semalam kau mencium aku..tapi kini semua telah tiada..kau hilang daripada aku..

Sukarnya aku nak meneruskan hidup aku Radi..setelah apa yang kau beri dan curahkan,kini kau hilang..aku terkapai-kapai keseorangan..
Tapi..kenapa aku perlu bersedih??ramai lagi lelaki diluar sana menanti aku..mereka tetap tidak sama dengan Radi..
Aku sentiasa mendoakan kebahagian kau..kerana melihat kau bahagia adalah separuh daripada kebahagian aku..

Sehari sebelum majlis kau,aku berangkat pulang ke kampung kerana keluarga terdekat aku juga turut melangsungkan perkahwinan...
Takdapatlah aku melihat hari berbahagia kau..tapi sekiranya aku diberi peluang untuk melihat,aku rasa,aku tidak sekuat mana untuk melihat senyuman kau diatas sana bersama insan lain..

'kenape ko xnak dtg plak??betolke sepupu ko kawen??aku anto kad sekarang eh,umah sebelah pompuan..'radi mengesa aku..
'xpelah radi..aku xkenal sgt belah pompuan..'jawapan aku..
'xpe..aku kan ade..'tegas radi..
dalam menjadi raja sehari,die tetap ingin melindungi aku..tapi aku belum menagis lagi..aku semakin kuat..
'seriusly,i cant..i'm so sorry'..aku membela diri..
'yela..wat can i do..take care k'..suara radi perlahan..

Aku meletakkan telefon dan terus menyambung mengemas pakaian..
'Ya Allah kuatkan lagi iman dan peribadi aku..Janganlah aku menagis kerana ini'..

Setibanya aku dikampung sebelah petang,memang aku tidak keruan dan serba tak kena..tertanya-tanya dibenak fikiran aku,apalah yang radi buat sekarang ni..Petang mengundur,malam pula menjelma..Esok Radi nikah??eemmm...aku semakin tak senang duduk..aku nak telefon dia ke??kenapa die langsung tak call aku??adakah dia betul-betul sedang sibuk..

Akhirnya......

nantikan episod akhir yer....sabaarrr...........

bye:>

No comments:

Post a Comment